Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mazhab
terbesar dalam Islam
selepas Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan
apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya.
Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah
Sunni
pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang
merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah.
Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait
dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib
dan para Ahlul Bait
sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir .Kebanyakan Sunni
Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah
dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu
Rasulullah sepatutnya menjadi Rasul selepas Baginda.
Aliran
Aliran Syiah Islam
berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini
mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah
golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya)
yang merangkumi 90% penduduk di Iran
dan sebahagian besar penduduk Iraq.
Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah,
al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah,
dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi juga
menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh
Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi,
Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki
mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar
golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah
mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat
Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
Pergerakkan Hizbullah
di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.
Di Malaysia,mazhab ini
tidak dibenarkan melakukan ritual harian mereka kerana didakwa mereka akan
melakukan keganasan seperti di Iraq dan Afganistan serta Pakistan.Mereka telah
melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk
Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan
pergerakkan atau penyebaran fahaman mereka
Mengikut pandangan Syiah
Pengertian Syiah
mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:
Perkataan Syiah
(mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an
dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat:
83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar
termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya
dengan hati yang suci".
Kedua,dalam Surah
Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari
tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada
Tuhan yang Maha Pemurah".
Ketiga dan keempat
adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika
penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi;
yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari
musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang
dari musuhnya".
Sementara itu, ada
perkataan Syiah dalam Hadith Nabi S.A.W lebih dari tiga kali, antaranya disebut
oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 -
Surah al-Bayyinah, Nabi S.A.W bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau
(golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan
diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya)
(bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".
Dengan ini kita dapati
bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi
S.A.W.
Yang dimaksudkan oleh
oleh al-Quran
dan hadith itu bukanlah kata khusus kepada puak Syiah ini, melainkan kata umum
kepada pengikut kepada sesuatu golongan pengikut, yakni golongan Ibrahim a.s,
golongan yang derhaka, golongan Musa a.s. Bahkan Rasulullah sendiri pernah
bersabda mafhumnya: golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. orang yang terlampau
memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu
kerana Allah. Golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu
masuk syurga. Terbukti golongan pertama dan kedua itu puak Syaih dan Khawarij.
Ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah
golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Imam al-Ghazali
dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah kerana ia mengandungi pengajaran
Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib
dan Fatimah Zahrah r.a, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan
diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan
al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS
sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun beliau tidak mengakuinya dan tidak
menerima baiah mereka itu.
Sila rujuk: Al Jam'iyah Al Khairiyah.
Aqidah
5 perkara menjadi Rukun
Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi golongan Mazhab Syiah:
- Tauhid - Bahawa Allah s.w.t. itu Satu
- Adalah - Bahwaa Allah s.w.t. itu Adil
- Qiyamah - Bahawa Allah s.w.t. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat
- Nubuwwah - Bahawa Nabi dan Rasul yang ma'asum dilantik oleh Allah untuk mengajar dan membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul terakhir.
- Imamah - Bahawa Allah melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam. Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul mahupun Nabi tetapi Imam.
Percanggahan dengan Sunni
Puak Sunni kumpulan
orang Islam yang memang berpegang pada sunnah Rasul walaupun mazhab ini
diasaskan secara lengkap setelah 200 tahun wafatnya Rasullah.
kajian dan penyelidikan
yang natural sedakan syeikh al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut. Dia telah
mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu
al-Islam yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina al-Madhahib al-Islamiyyah
atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di
Kaherah, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:
- "Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu, diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....."
Kemudian dia berkata
lagi:"Sesungguhnya mazhab Ja'fariyyah yang dikenali dengan sebutan mazhab
Syi'ah Imamiyyah Ithna Asy'ariyah adalah satu mazhab yang setiap orang boleh
beribadah dengan berpegang kepada aturan-aturannya seperti juga mazhab-mazhab
yang lain...." "Kaum Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan
berusaha melepaskan diri dari kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) dalam membela
sesuatu mazhab tertentu tanpa berasaskan kebenaran...."
- Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan bahawa mazhab Ahlu l-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi'ah daripada para imam Ahlu l-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah S.A.W daripada Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.
- Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul l-Bait (isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah).
- Banyak ayat-ayat al-Qur'an yang menolak dakwaan syiah ini akan menerangkannya kepada kalian nanti.
- Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi S.A.W yang menunjukkan kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah. Sila lihat buku Syi'ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu' (Syi'ah dan hujah mereka tentang Tasyayyu') dan juga buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah) khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang yang insaf. Jika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.
Percanggahan Syiah daripada Sunni (Mengikut Pandangan Mazhab Sunni - Perkara di bawah adalah yang diamalkan oleh Mazhab Syiah)
Antara perbezaan yang boleh dilihat adalah seperti berikut:- Khalifah diwasiatkan secara nas
- Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah
- Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasulullah
- Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin
- Menghalalkan nikah Muta'h yang diharamkan
- Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab
- Menolak Qias
- Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir
- Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan
Isu-isu Sunni dan Syiah (Mengikut Pandangan Syiah):
- Khalifah/Imamah adalah berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
- Menerima sahabat yang baik dan menolak perlakuan sahabat yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
- Sumber perundangan Islam adalah al-Quran, Hadith dan Aqal, qias ditolak sebagaimana hukum wanita yang berada dalam keadaan haidh diharamkan melakukan solat tetapi tidak qadha solatnya tidak boleh diqiaskan dalam hukum puasa dimana wajib qadha puasanya yang tertinggal ketika haidh. Dalam al-Quran Iblis laknatullah alaihi melakukan qias asal kejadian adam dari tanah manakala Iblis dari api (mengikut Iblis) sepatutnya dia lebih mulia dari Adam tetapi mengapa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Adam. Dalam hal ini qias bukan kaedah yang benar dan tepat menentukan hukum.
- Nikah Mut'ah adalah halal mengikut nas al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W dan diamalkan pada zaman Nabi S.A.W dan zaman khalifah Abu Bakar- sepertimana pengakuan sahabat Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim, " Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan muta ah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits."
- Menerima hadith yang sesuai dengan Kitabullah dan menolak riwayat yang bertentangan dengan Kitabullah kerana tidak mungkin hadith Nabi S.A.W bertentangan dengan Kitabullah.
- Solat jamak harus dalam semua keadaan berdasarkan riwayat contohnya dalam Sahih Muslim daripada Ibn Abbas dalam bab solat jamak. Rasulullah S.A.W menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isya tanpa ada sebab, sama ada takut, uzur (sakit) atau berpergian (musafir).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar